Tips Melancong ke Australia

28 November 2019


Assalamualaikum dan Hai semuaaaaa ❤

     Sementelah dah cuti sekolah ni, korang dan keluarga ada merancang nak melancong ke mana-mana tak? Kalau Australia menjadi destinasi pelancongan korang seterusnya, mana korang nak pergi? Haa. Banyak tempat yang ada. Sydney, Melbourne, Canberra, Queensland, Tasmania dan banyak lagi tempat dan daerah yang best-best. Tapi sebelum nak ke sana, Indah nak share dulu sedikit tips apa yang korang perlu prepare sebelum nak ke negara yang terletak di selatan hemisfera ni.
     Perkara pertama sekali, of course la tiket flight kan? Untuk mencari tiket flight ni banyak caranya. Tapi apa pun semua terpulang pada korang. Korang nak yang bajet asal landing di Australia ataupun korang still nak kan keselesaan sepanjang penerbangan?
Haaa.
     Tepuk dada tanya selera. Kalau korang yang jenis selesa sepanjang penerbangan, korang boleh try check cheap emirates flight ticket dari sistem Traveloka ni. Indah yakin harga yang ditawarkan tu masuk akal la jugak and of course, penerbangan korang ke sana mesti 100% selesa dan cukup rehat. Kalau korang ada nak ke Melbourne dan nak survey harga flight yang lain pulak, try tengok flights to Melbourne ni pulak. Kot terkena dengan harga yang memang dalam bajet korang. Ada la rezeki nak ke sana. Best takkkkk ?
     Orait geng. Settle sikit tips untuk check flight tickets. Now Indah nak explain and share panduan lain pulak. Yang ni korang take note betul-betul okay, lagi-lagi bagi korang yang first time nak ke Australia tu.


Wajib Daftar VISA ke Australia
     Disebabkan Australia ni tiada dalam senarai yang tidak memerlukan VISA, maka dengan itu, mari la buat VISA untuk bercuti di Ausralia ni. Undang-undang di sana sangat ketat. Ini mungkin antara sebabnya banyak yang datang dan bekerja secara haram di sana. Sebab tu dia cuba kawal kemasukan ke negara dengan ketat.
     But don’t worry guys. Tak susah pun nak apply VISA kat Australia ni. Semuanya dihujung jari je sekarang. Semua boleh apply online. Murah pun murah. Pergi ke laman web dan isi details dalam form yang sistem sediakan tu and dia akan charge dalam Rm60 tak silap. Ataupun kalau korang rasa leceh nak apply online, mintak tolong je dengan agensi pelancongan yang ada kat Malaysia ni. Banyak yang boleh buatkan. Ya terserah pada korang la nak yang mana satu.

Sila Senaraikan Segala Makanan dan Ubatan
     Yang ni memang keras, memang kena fokus betul-betul. Indah ulang. SENARAIKAN JENIS MAKANAN DAN UBATAN yang korang akan bawak ke Australia tu. Indah difahamkan Australia ni negara yang boleh dikira bebas daripada wabak penyakit berjangkit yang kritikal. So kalau boleh memang dorang akan kawal segala benda yang datang dari luar negara. Penting untuk korang list kan dan declare senarai makanan dan ubatan tu, kepilkan sekali dengan arrival card.
     Kalau korang tak buat, imigresen tu pun macam was-was, makanan korang tu terpaksa dibuang atau korang akan ditahan lama sikit sampai benda tu semua selesai. Indah yakin dan pasti korang taknak tersadai kat airport lama-lama.

Pakaian Mengikut Musim
     Yang ni tak perlu la Indah nak cerita panjang lebar kan. Cukup la baca tajuk. Kalau pergi time musim sejuk, bawak la baju yang bersesuaian dengan musim sejuk contohnya sweater, jaket tebal, sarung tangan, penutup kepala dan telinga. Kalau korang pergi musim panas pulak, bawak baju macam korang pakai kat Malaysia ni je dah mencukupi. Sebab musim panas dia lebih kurang je macam kat negara kita ni.
     Jadi nak memudahkan korang, Indah senaraikan bulan mengikut musim. Musim panas: Disember – Februari. Musim luruh: Mac – Mei. Musim sejuk: Jun – Ogos. Musim bunga: September – November  

Penginapan di Australia

     Bagi penginapan ni ada dua jenis. Korang nak hotel ataupun jenis apartment? Dua jenis pilihan ni bagi Indah mengikut kepada berapa ramai yang ke sana dan berapa lama. Kalau korang pergi berdua, Indah rasa ambik bilik hotel pun sudah memadai. Sebab tak memerlukan ruang yang banyak pun. Melainkan korang nak masak, boleh la ambik apartment. 
     Tapi kalau korang pergi dalam group yang besar, Indah sarankan ambik la apartment dua bilik ke. Banyak apartment yang disewakan kat Australia ni. Sebab apa? Sebab ruangnya luas. Andai kata bilik tak cukup nak sumbat semua tidur dalam tu, at least korang masih ada ruang tamu. And of course bila dah ramai, baru la syok nak main masak-masak. So ada la dapur and kalau nak diikutkan almost semua apartment yang disewakan cukup dengan kemudahan dalam rumah. Dapur elektrik, toaster, fridge, microwave dan ada la beberapa lagi bagi keperluan guest. Dah ramai-ramai together dalam satu rumah tu, haa baru la mengeratkan silaturahim. Tak gitu?

Pengangkutan di Australia
     Dua cara untuk korang jalan-jalan kat sana. Sewa kereta atau naik public transport je. Tapi kalau dah ramai-ramai tu, lebih mudah kalau sewa je kereta. Nak kemana-mana pun senang. Beli barang nak memasak pun tak perlu tunggu-tunggu bas. Tapi apa yang paling penting, bawak la kereta tu dengan penuh berhemah okay. Tunjukkan yang kita rakyat Malaysia ni sangat beradab di atas jalan. Tapi sekali sekala tu naik la pengangkutan awam. Baru la fefeeling melancong kat negara orang.


Info Tambahan
  • Disebabkan soket kat sana lain dari soket yang ada kat Malaysia ni, bawak la adapter siap-siap. Senang nak charge hp, powerbank dan camera korang tu.
  •  Untuk pertukaran wang, dinasihatkan untuk korang tukar dahulu di Malaysia. Ia akan memudahkan lagi kerja korang kalau perlu beli apa-apa barang sebelum check-in.
  • Untuk pembelian apa-apa tiket masuk ke tempat menarik di sana, sila beli online untuk dapatkan discount. Kalau beli kat kaunter lagi mahal.
      Itu la dia beberapa tips yang Indah boleh kongsikan dengan korang kalau nak bercuti di Australia. Sebenarnya tak leceh pun. Cuma perlu teliti la sikit. Kalau dah jalan ramai-ramai tu, boleh la bahagikan tugas. Sorang handle VISA, sorang handle pengangkutan, sorang handle makanan. Kerjasama kan penting. Baru la merasa keseronokan tu. So, kita jumpa lagi di bila Indah dah standby nak share info lain pulak.
Semoga perjalanan korang berjalan dengan lancar. Adios !

sincerely,



22 comments

  1. Bgusnya ada tips nie..senang boleh buat rujukan if nk travel ke luar negara..thanks indah atas prkongsian yg menarik nie..

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips nie. Berguna buat yang nak ke sana. Oh ye jangan lupa juga jenis makanan yang dibenarkan/ dilarang ke Australia agar tak mengalami masalah di lapangan terbang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ❤

      Yep betul tu, tentang makanan pun kena buat survey jugak. Thanks back to you C:

      Delete
  3. Thanks for sharing these tips, Australia is a beautiful country to visit, been there once can't wait to visit it again

    ReplyDelete
  4. bestnnya dapat bercuti ke Australia, banyak tempat menarik dan cantik yg saya teringin nak tengok. nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt! Memang banyak tempat menarik dan view yg cantik kat sana. Kalau ada rezeki dan peluang, pergilah :)

      Delete
  5. Pergi australia pon suasana dh mcm new york kan. Tp jimat sikit la. Belom pernah sampai, tapi teringin jgk lepas tgk gmbr2 dkt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah the environment quite similar. Inshaallah ada rezeki, semua dapat pergi kesana :)

      Delete
  6. Ok. Memang tips ni paling utama kena uruskan. Sekarang ni susah dah org Malaysia nak ke Aussie. Terlepas peluang ke sana haritu. Entah bila lah ada rezeki. Hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena banyak prepare untuk kesana. Inshaallah kalau ada rezeki awak akan kesana nanti ❤

      Delete
  7. Ya tips yang bagus untuk dihayati. Dulu masa sia ke sana semua soal visa dilakukan ejen pelancongan. Kita lawat sekali gus Perth-Sydney-Adelaide-Melbourne-Perth. Di sana baru beli tiket pass dalam negeri. Lebih murah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau first time kesana, guna ejen pun okay juga :D Tapi kalau travel sendiri, nak book flight or hotel boleh gunakan Traveloka, harga pun murah ❤

      Delete
  8. Thank you share tips ni. Pergi australia nanti sure akan follow tips ni

    ReplyDelete
  9. Tips yang sangat berguna pada kita dan memang kita tengah mencari juga macam mana nak sampai ker sana selain daripada ada simpanan yang cukup heheheheh kita lama dah nak pergi Australia ni heheh bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah kalau ada rezeki dan peluang boleh la awak bercuti di Australia :D yang penting kena survey keadaan semasa untuk prepare.

      Delete
  10. Dengar citer banyak tempat menarik di sana. Simpan angan² dulu, sape tak nak jejak Negara orang kan. Insya Allah, ada rezeki nak jugak pegi sana dengan anak²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaaa, banyak tempat yang selalu pelancong datang. Inshaalah semoga ada rezeki awak ❤

      Delete
  11. Seronok baca pengalaman rakan-rakan ke luar negara. In shaa Allah harap tahun depan boleh pergi ke negara2 yang lagi jauh dari Malaysia. Btw done follow here :)

    ReplyDelete

© Syahindah Ms. Design by Fearne.