Ujian JPJ untuk Kereta ( D-Manual )

7 September 2019

Assalamualaikum and Hi earthlings ❤


Post kali ni Indah nak share pengalaman Indah masa ambil ujian lesen D (kereta) dan manual. Resultnya alhamdulillah lulus hehe. Dah boleh jadi driver grab XD Tapi Indah nak share pengalaman yang dekat tempat Indah ambil laa. Boleh laa refer untuk sedia walaupun tak sama kan.

     Jadi, hari yang ada ujian JPJ tu, kalau boleh datang awal okay, 8 pagi. Nanti ada Petugas Ujian panggil siapa ambik lesen D ke B2 ke apa ke berkumpul di bilik yang ditetapkan untuk dengar taklimat JPJ. Taklimat nya Pegawai JPJ akan bagitahu apa yang patut dibuat atau tips2, kesalahan2 yg selalu calon buat contoh nya lupa pkai tali pinggang, tak buat CITO, haaa yg tu penting. Lepas taklimat dari Pegawai JPJ, keluar kan IC dan Lesen L untuk daftar, diorang uruskan. Nanti tengok dulu no giliran korang berapa or tanya cikgu yang mengajar tu. Kat tempat Indah ada papan kenyataan tu, so hari sebelum test Indah tengok je sendiri, korang pun cari laaa or tanya cikgu masing2. 


     Kemudian terus berkumpul dekat area litar, buat RPK dengan RSM dulu, akan dipanggil berdasarkan number giliran. Nak tengok contoh RSM boleh click link kat bawah, nanti indah senaraikan.  Indah paling takut dan cuak ujian bukit sebab masa latihan, tang bukit tu selalu berhenti awal dari garisan kuning. So masa latihan pun dah begitu, apatah lagi masa Ujian JPJ. Cuak teroks hahahaha. Tapi masa ujian nanti boleh buat dua kali, contoh korang tak sampai garisan kuning, undur balik, naik lagi sekali. Tanya cikgu okay untuk kepastian. Dekat tempat Indah belajar tu, diorang ajar macam2 tips dan ikut tanda untuk mahir dalam litar contoh macam, pulas stereng bila bahu sama dengan divider ke. 

     Masa ujian nanti, sebelum masuk Z ke S ke parking sisi ke, tengok dulu orang2 yang sebelum ni macam mana. Kalau Pegawai suruh tunggu dulu ke, tunggu arahan untuk masuk ke. Survey keadaan dulu, nanti tak pasal pasal kena marah, dah effect markah. Rugi genggg. So lucky laa siapa yang number giliran tengah2 ke, boleh tengok orang lain buat dulu haha.

     So selesai Litar, pergi lah beratur untuk ujian jalan raya pulak. Takpayah ambik kertas tu, diorang pas nanti masa tunggu jalan raya. Macam biasa lah, ikut giliran. Sambil tu baca laa Ayat Qursi, selawat, doa kat Allah supaya dipermudah kan. Bawa bertenang, ada kawan sembang2 dulu hahaha. Indah dengan sorang lagi kawan harap sangat dapat Pegawai JPJ lelaki, bukan sebab gatal okay. Tapi orang cakap Pegawai lelaki lagi bertenang dari perempuan. Perempuan garang dan berkemungkinan calon akan dibawa pulang oleh JPJ itu sendiri. You know what I meant kan ? 👀

     Tapi itu semua salah lagi dipersalahkan. Sebab you know what, Pegawai lelaki ada je yang garang masa tu dan Indah dapat Pegawai perempuan, she so soft spoken and sweet and ofcourse la ada je yg muka serius. So DOA adalah tips dan perkara yang sangat penting untuk korang lakukan. The power of DOA, tak lupa juga Ayat Qursi okie? Penting juga untuk fokus dan dengar arahan Petugas Ujian.

     Masa ujian jalan raya dia ckp "saya akan bagi masa 5 minit utk awak buat RSM" so start lah. Ingat step semua, JANGAN LUPA ! Sebab indah lupa betulkan cermin hahahaha :') potong markah disitu. Lepas tu dia suruh jalan, mulakan lah pemanduan anda dengan bismillah. Bawa dengan tenang dan pulang ke driving school dengan keputusan yg lulus. Kepada yang membaca dan ujian JPJ esok lusa tulat minggu depan, Goodluck guys ! ❤💜


xoxo,


1 comment

  1. Tahniah Syahindah ^^ Baru baca post kamu. Lepasni bole la kami jadi passenger pula :P

    ReplyDelete

© Syahindah Ms. Design by Fearne.