Haunted Kellie's Castle in Perak (2018)

29 July 2018

Assalamualaikum and Hi!


     I just came back from UiTM for the last 2 weeks I guess. There's nothing much I do since I been here, till Bella ask me to enjoy the nature with her by visiting Kellie's Castle, haha.  There's no reason to say NO cause, guysssssss I'm doin nothin at home. Let's take a breath of fresh air (lah sangat).

Kellie's Castle

   Kellie's Castle ni dekat je dengan rumah, 5-10 minit macamtu naik kereta dah sampai. Nak jogging dari rumah ke sini pun boleh, dekat jeeee. Tapi Indah baru 3 kali je pergi sini 😞 Tak rasa nak melawat sangat pun, mungkin sebab dekat? so takdelah excited sangat haha. Nampak macam orang luar tahu tak bila datang Kellie's Castle ni haha so, anyone who wants travel to Perak boleh rojer Indah okie 😉 I pun tak habis explore lagi Ipoh ni jom laa sama sama kiterrrr.

Senang je nak pergi Kellie's Castle, ni haaa ada maps.

Kellie's Castle

     Komer tahu ke idok history Kellie's Castle ni? Ada artikel-artikel, orang-orang yang pernah masuk castle ni cakap Kellie's Castle ni haunted. Betul ke idok? Pergi malam-malam lagi seram kut? haha boleh try siapa yang teringin nak jumpa William Smith and family tu ye. Siapa William Kellie Smith ni? Dia lah yang empunya bangunan yang menjadi daya tarikan di Batu Gajah ni ye.

     Beliau bina bangunan ni untuk isteri kesayangan beliau yang bernama Agnes, so Kellie's Castle ni macam Taj Mahal jugak lah, "The symbol of love" gitew. This couple was blessed with a daughter named Helen. William nak anak lelaki untuk mewarisi harta dia, tapi dia sayang je Helen ni haha takde pilih-pilih kasih pun. Jadi lepas beberapa tahun, lahir lah pula anak lelaki beliau yang bernama Anthony. Banyak je plan Willian ni nak buat itu, buat ini for the castle tapi tak sempat sebab Perang Dunia 1. In the end, this castle was never completed.

Fee: RM10, show your IC to pay only RM5.
Opening hours: 9 a.m. - 6 p.m.

Mari kita tengok sikit macam mana dalam Kellie's Castle ni.................


Kellie's Castle

     View dari depan. Cantik tahu, kena pandai cari angle jelah, kitorang biasa biasa jee bab tangkap gambar ni so macam ni lah jadinya haha :p

Ada tempat parking dan kena bayar RM2. Ada kedai makan jugak dan photobooth. Sebelum komer masuk dalam ada satu photographer akan tangkap gambar korang dulu, masa keluar nanti korang boleh je pilih dekat booth tu okay.


Kellie's Castle

Kitorang datang berdua je, macam mana boleh ada gambar full ni? Jeng jeng jeng haha

Kellie's Castle

Ni lah William Kellie Smith. Handsome tak? hehe

William Smith

Backyard masa dulu-dulu, cantik kan. Kiri tu Agnes, isteri William dan lain lain tu saudara-mara dan anak dia.

Kellie's Castle

Ruang tamu yang sudah dipagar huhu tak boleh masuk. Mungkin nanti takut ada yang nak berposing, runtuh pulak sofa kan hahaha 

Kellie's Castle

Kellie's Castle

Tapak paling atas, tak besar sangat pun. Gayat pun ye jugaaaaaaaak.

Kellie's Castle

 View nampak plantation kat belakang.

Kellie's Castle

Kitorang round setiap ruang yang ada dalam bilik ni. Bilik tingkat bawah ada ruang tamu, bilik utama. Then tingkat dua, bilik anak perempuan dan anak lelaki. Anthony, anak lelaki dia seorang juruterbang actually dan ada seorang anak lelaki. Bella kata nak cari waris William ni mana tahu jodoh dia hahaha takpa, I support je xD

Kellie's Castle
     Tangga untuk naik ke tapak atas sekali. Taktahu kenapa tapi Indah gayat naik tangga ni haha . Eh bukan naik, masa nak turun. Gayat tahu. Lepas tu, kat atas ni semua bilik tetamu, pasaipa tinggi-tinggi bilik tetamu nya weh haha. Dan setiap bilik-bilik anak dia akan ada laluan rahsia ke bawah, untuk keselamatan lah macam tu. Ada jugak spiral stairs ke bawah tanah dan untuk naik ke atas. I memang suka spiral stairs dia macam cantik je kan haha.



Minion

Kellie's Castle

Kellie's Castle

Ni bangunan sebelah bilik bilik tadi. Bangunan untuk ruang makan dan dapur. Macam gambar atas ni, oven yang diorang guna dulu-dulu untuk masak.

Bilik tidur untuk orang gaji pun sama besar dengan bilik iols kat rumah haha

Bilik air dia tinggi dan ada batu apa tah yang special nya lupa lah hehe


     Siapa yang tak datang lagi boleh lah masuk kan dalam list wajib pergi masa datang Perak. Not really fancy, biasa biasa je, history place tapi berbaloi bayar RM5 for the visit. Banyak je tempat untuk photoshoot. Okay guys pape rojer <3



2 comments

My Journey in Pictures

© Syahindah Ms. Design by Fearne.