Move in & Minggu Orientasi #UitmMerbok.

29 August 2017

Assalamualaikum and Goodmorning anak-anak muda kebenaran! haha

     Lagi beberapa hari je nak daftar masuk sem baru untuk student UiTM. Dah kena start beli barang-barang untuk masuk belajor. Sekarang kan tengah sale merdeka dan Aidiladha, so tunggu apalagiii.... Indah dah buatkan list untuk korang yang baru nak masuk belajar tu, for bakal student part 1 and freshman untuk memudahkan korang packing (college essentials).

     Uw rasa nak buat vlog move in to college je haha. Jadi pada hari yang telah diberitahu untuk daftar tu Indah gerak pagi ke UiTM Merbok, Kedah. Awal sangat pukul 5pagi from Perak to Kedah sebab nak sampai sana awal. Sebab nak sampai awal? Nak dapat bilik tingkat bawah dan paling dekat nak angkut barang dalam bilik but.....


     You know what? I got bilik kat tingkat 3. haha tapi still bersyukur sebab dapat blok perempuan yg paling dekat dengan kelas 😥 Nak pergi kelas pun 10 minit uolsss ni tak kira kelas dekat cabin lagi, boleh kurus I tell you tapi diri ini tak kurus kurus pun hah cemana tu? Then angkat lah barang ke bilik, parking pun boleh tahan jauh jugak sebab penuh sobs. Masa hari pendaftaran tu pakai baju kurung okay dan bawa apa yang patut, fail-fail dan surat-surat.

     Lepas dah settle masuk barang dalam bilik around pkul 10,11 pagi mcm tu, tak kemas pun, letak je then terus zzuupp pergi rumah maksedara kat Kulim, Kedah sebab pukul 2.30 baru berkumpul. Balik dari rumah mak sedara tu tepat tepat je pkul 2.30 so mcm rushing sikit sebab pm bising suruh cepat.

    Indah pakai kasut sarung yang flat, tapi dia keras macam kerja office gittew tak sempat nak tukor kasut lain ke apa ke sebab taktahu kan , terus laa pergi tempat berkumpul. Masa dah sampai dewan tu, kena pin bawal 3 pin ke bawah. Yang pin ateh kepala ka ateh bahu ka NO NO NO 👎

Kitorang beratur mengikut kos dan.......... bermula lah minggu orientasi kitorang.

Tak sempat nak babai family peluk peluk ke apa ke sebab sampai lambat tadi en...... sobs 😢

     Minggu orientasi tu, nak pergi mana mana memang jalan je, nak pergi Pusat Islam jalan, nak pergi Dewan jalan, memang tiada selain daripadanya untuk kamu semua uhuk kecuali, hujan. Ada sekali tu hujan malam, diorang bagi lah naik bas sebab lebat, kalau tak lebat korang lari jelah. Memang tough ye anak-anak.

     Dan pesanan saya ialah, pakai lah kasut yang betul betul selesa, kasut yang bertutup untuk berjalan ke sana sini jangan pakai heels ke apa pulak. Lupakan je semua tu sebab memang korang akan banyak berjalan. Hari keesokkan nya tu ramai pakai kasut sport, sebab apa? Sebab kaki diorang dah melecet termasuklah kaki teman ni haa :') so pakai kasut sukan terus lagi digalakkan.

     Baju pulak, korang memang sediakan baju kurung je masa orientasi ni takda pakai baju lain kecuali hari last kena pakai baju kurung putih, tudung UiTM, kain hitam dan kasut bertutup :)

     Masa minggu orientasi ni, semua kena cepat. Bangun cepat, makan cepat, jalan cepat, tidur je tak cepat haha. Korang tidur 2,3 jam je. Kalau korang behave la, kalau tak behave diorang bagi tidur 1 jam je. Tidur lambat, bangun awal nak rebut toilet nak mandi lagi. Cakap pasal mandi, sekali sehari je kitorang mandi, masa subuh tu :')

Dan masa makan dia korang diharapkan bawak bersabar sebab.... Indah baru nak duduk dia dah "makan cepat siswi" "ingat makan kat kenduri ke" nak tercekik, serius cakap. So lepas lepas tu indah ambil sikit jelah, sikit sangat sampai budak yg bubuhkan makanan tu tanya "Serius ke kak banyak ni je?" haaa akak rasa nak nangis dik kamu tanya mcm tu haha. Sampai roomate indah, kalau ada buah, makan buah dengan ayor je. Tak habis, marah pula. Jadi ambil sikit, dan makan cepat cepat sampai habis.

Dan masa dalam dewan, ngantuk dia jangan cakap, memang sapa ada dalam dewan tu je yang rasa ngantuk dia tu. Tapi kesian jugak kakak abang pm ada yang tak tidur sebab nak urus kan kitorang en. Terima kasih semuanya *hug*

     Sampai ada yang dah tersengguk-sengguk dalam dewan. Kesian dan.... kelakar, sebab ada sorang tu dia tersengguk sampai jadi tumpuan orang ramai kerana terjatuh dari bangku. hahahha tabahlah wahai anak muda! xD

     Itu jelah rutin minggu orientasi sampai last day, dan cuti hujung minggu baru basuh kain 👍 kenal-kenal dengan roomate lagi rapat, I dont even know their name okay sebab........ masa first day tu, nak naik bilik pun sesat, bayangkan keluar bilik gelap, masuk bilik gelap hahahaha tu paling kelakar. Bilik dekat blok F1, sesat sampai F2,F3,F4 😆

Anything nak tanya pasal UiTM Merbok you can comment below or DM me at any my social media, Instagram, twitter @syahindahms and you might want to share your orientation experience I would like to read them :D


Thankyou for reading 💌

16 comments

  1. Indah ambil course apa dekat merbok? anis geram btul tak dapat kampus ni , but dapat kat melaka sedangkan course yg ditawarkan ada je kat merbok and paling sadis mostly classmate waktu f5 smua kat merbok TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indah ambik course Perbankan. Anis mintak kos apa kat Merbok ? :D

      Delete
  2. Tak lama lg sy pun nk pegi dftr, bila baca entri ni lgi tmbh serem 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar kat mana ? :D Alaaa seram sikit je, tapi best nanti :D

      Delete
  3. Minggu orintasi memang kadang tue mencabar minda sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar, stress pun ada haha :p tapi pengalaman kan

      Delete
  4. Enjoy your orientation and campus life .. mmg best

    ReplyDelete
  5. gudluck dear ^^

    http://jajastollymolly.blogspot.my/2017/09/first-giveaway-by-blog-buku-pinky.html

    ReplyDelete
  6. Best of luck and enjoy ur study :)

    ReplyDelete
  7. Good luck babe! :)

    http://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete
  8. Kalo dip kos lain pastu dapt deg kos perbankan still ada orientasi ke?

    ReplyDelete
  9. Kalo dip kos lain pastu dapt deg kos perbankan still ada orientasi ke?

    ReplyDelete

My Journey in Pictures

© Syahindah Ms. Design by Fearne.