Assalamualaikum dan Hai semuaaaaa ❤
Sementelah dah cuti sekolah ni, korang dan keluarga ada merancang nak
melancong ke mana-mana tak? Kalau Australia menjadi destinasi pelancongan
korang seterusnya, mana korang nak pergi? Haa. Banyak tempat yang ada. Sydney,
Melbourne, Canberra, Queensland, Tasmania dan banyak lagi tempat dan daerah
yang best-best. Tapi sebelum nak ke sana, Indah nak share dulu sedikit tips apa
yang korang perlu prepare sebelum nak ke negara yang terletak di selatan
hemisfera ni.
Perkara pertama sekali, of course la tiket
flight kan? Untuk mencari tiket flight ni banyak caranya. Tapi apa pun semua
terpulang pada korang. Korang nak yang bajet asal landing di Australia ataupun
korang still nak kan keselesaan sepanjang penerbangan?
Haaa.
Tepuk dada tanya selera. Kalau korang yang
jenis selesa sepanjang penerbangan, korang boleh try check cheap emirates flight ticket dari sistem Traveloka ni. Indah yakin
harga yang ditawarkan tu masuk akal la jugak and of course, penerbangan korang
ke sana mesti 100% selesa dan cukup rehat. Kalau korang ada nak ke Melbourne
dan nak survey harga flight yang lain pulak, try tengok flights to Melbourne ni pulak. Kot terkena dengan harga yang
memang dalam bajet korang. Ada la rezeki nak ke sana. Best takkkkk ?
Orait geng. Settle sikit tips untuk check
flight tickets. Now Indah nak explain and share panduan lain pulak. Yang ni
korang take note betul-betul okay, lagi-lagi bagi korang yang first time nak ke
Australia tu.
Wajib Daftar VISA ke Australia
Disebabkan Australia ni tiada dalam senarai
yang tidak memerlukan VISA, maka dengan itu, mari la buat VISA untuk bercuti di
Ausralia ni. Undang-undang di sana sangat ketat. Ini mungkin antara sebabnya
banyak yang datang dan bekerja secara haram di sana. Sebab tu dia cuba kawal
kemasukan ke negara dengan ketat.
But don’t worry guys. Tak susah pun nak
apply VISA kat Australia ni. Semuanya dihujung jari je sekarang. Semua boleh
apply online. Murah pun murah. Pergi ke laman web dan isi details dalam form
yang sistem sediakan tu and dia akan charge dalam Rm60 tak silap. Ataupun kalau
korang rasa leceh nak apply online, mintak tolong je dengan agensi pelancongan
yang ada kat Malaysia ni. Banyak yang boleh buatkan. Ya terserah pada korang la
nak yang mana satu.
Sila Senaraikan Segala Makanan dan Ubatan
Yang ni memang keras, memang kena fokus
betul-betul. Indah ulang. SENARAIKAN JENIS MAKANAN DAN UBATAN yang
korang akan bawak ke Australia tu. Indah difahamkan Australia ni negara yang
boleh dikira bebas daripada wabak penyakit berjangkit yang kritikal. So kalau
boleh memang dorang akan kawal segala benda yang datang dari luar negara.
Penting untuk korang list kan dan declare senarai makanan dan ubatan tu,
kepilkan sekali dengan arrival card.
Kalau korang tak buat, imigresen tu pun
macam was-was, makanan korang tu terpaksa dibuang atau korang akan ditahan lama
sikit sampai benda tu semua selesai. Indah yakin dan pasti korang taknak
tersadai kat airport lama-lama.
Pakaian Mengikut Musim
Yang ni tak perlu la Indah nak cerita
panjang lebar kan. Cukup la baca tajuk. Kalau pergi time musim sejuk, bawak la
baju yang bersesuaian dengan musim sejuk contohnya sweater, jaket tebal, sarung
tangan, penutup kepala dan telinga. Kalau korang pergi musim panas pulak, bawak
baju macam korang pakai kat Malaysia ni je dah mencukupi. Sebab musim panas dia
lebih kurang je macam kat negara kita ni.
Jadi nak memudahkan korang, Indah
senaraikan bulan mengikut musim. Musim panas: Disember – Februari. Musim
luruh: Mac – Mei. Musim sejuk: Jun – Ogos. Musim bunga:
September – November
Penginapan di Australia
Bagi penginapan ni ada dua jenis. Korang
nak hotel ataupun jenis apartment? Dua jenis pilihan ni bagi Indah mengikut
kepada berapa ramai yang ke sana dan berapa lama. Kalau korang pergi berdua, Indah
rasa ambik bilik hotel pun sudah memadai. Sebab tak memerlukan ruang yang
banyak pun. Melainkan korang nak masak, boleh la ambik apartment.
Tapi kalau korang pergi dalam group yang
besar, Indah sarankan ambik la apartment dua bilik ke. Banyak apartment yang
disewakan kat Australia ni. Sebab apa? Sebab ruangnya luas. Andai kata bilik
tak cukup nak sumbat semua tidur dalam tu, at least korang masih ada ruang
tamu. And of course bila dah ramai, baru la syok nak main masak-masak. So ada
la dapur and kalau nak diikutkan almost semua apartment yang disewakan cukup
dengan kemudahan dalam rumah. Dapur elektrik, toaster, fridge, microwave dan ada
la beberapa lagi bagi keperluan guest. Dah ramai-ramai together dalam satu
rumah tu, haa baru la mengeratkan silaturahim. Tak gitu?
Pengangkutan di Australia
Dua cara untuk korang jalan-jalan kat
sana. Sewa kereta atau naik public transport je. Tapi kalau dah ramai-ramai tu,
lebih mudah kalau sewa je kereta. Nak kemana-mana pun senang. Beli barang nak
memasak pun tak perlu tunggu-tunggu bas. Tapi apa yang paling penting, bawak la
kereta tu dengan penuh berhemah okay. Tunjukkan yang kita rakyat Malaysia ni
sangat beradab di atas jalan. Tapi sekali sekala tu naik la pengangkutan awam.
Baru la fefeeling melancong kat negara orang.
Info Tambahan
- Disebabkan soket kat sana lain dari soket yang ada kat Malaysia ni, bawak la adapter siap-siap. Senang nak charge hp, powerbank dan camera korang tu.
- Untuk pertukaran wang, dinasihatkan untuk korang tukar dahulu di Malaysia. Ia akan memudahkan lagi kerja korang kalau perlu beli apa-apa barang sebelum check-in.
- Untuk pembelian apa-apa tiket masuk ke tempat menarik di sana, sila beli online untuk dapatkan discount. Kalau beli kat kaunter lagi mahal.
Itu la dia beberapa tips yang Indah boleh
kongsikan dengan korang kalau nak bercuti di Australia. Sebenarnya tak leceh
pun. Cuma perlu teliti la sikit. Kalau dah jalan ramai-ramai tu, boleh la
bahagikan tugas. Sorang handle VISA, sorang handle pengangkutan, sorang handle
makanan. Kerjasama kan penting. Baru la merasa keseronokan tu. So, kita jumpa
lagi di bila Indah dah standby nak share info lain pulak.
Semoga perjalanan korang berjalan dengan
lancar. Adios !
sincerely,
Bgusnya ada tips nie..senang boleh buat rujukan if nk travel ke luar negara..thanks indah atas prkongsian yg menarik nie..
ReplyDeletesama-sama ❤
DeleteThanks for the tips nie. Berguna buat yang nak ke sana. Oh ye jangan lupa juga jenis makanan yang dibenarkan/ dilarang ke Australia agar tak mengalami masalah di lapangan terbang kan
ReplyDeletesama-sama ❤
DeleteYep betul tu, tentang makanan pun kena buat survey jugak. Thanks back to you C:
Thanks for sharing these tips, Australia is a beautiful country to visit, been there once can't wait to visit it again
ReplyDeleteYeah it is ❤
Deletebestnnya dapat bercuti ke Australia, banyak tempat menarik dan cantik yg saya teringin nak tengok. nice sharing :)
ReplyDeleteBesttt! Memang banyak tempat menarik dan view yg cantik kat sana. Kalau ada rezeki dan peluang, pergilah :)
DeletePergi australia pon suasana dh mcm new york kan. Tp jimat sikit la. Belom pernah sampai, tapi teringin jgk lepas tgk gmbr2 dkt sini
ReplyDeleteHa'ah the environment quite similar. Inshaallah ada rezeki, semua dapat pergi kesana :)
DeleteOk. Memang tips ni paling utama kena uruskan. Sekarang ni susah dah org Malaysia nak ke Aussie. Terlepas peluang ke sana haritu. Entah bila lah ada rezeki. Hmmm.
ReplyDeleteBetul tu. Kena banyak prepare untuk kesana. Inshaallah kalau ada rezeki awak akan kesana nanti ❤
DeleteYa tips yang bagus untuk dihayati. Dulu masa sia ke sana semua soal visa dilakukan ejen pelancongan. Kita lawat sekali gus Perth-Sydney-Adelaide-Melbourne-Perth. Di sana baru beli tiket pass dalam negeri. Lebih murah!
ReplyDeleteKalau first time kesana, guna ejen pun okay juga :D Tapi kalau travel sendiri, nak book flight or hotel boleh gunakan Traveloka, harga pun murah ❤
DeleteThank you share tips ni. Pergi australia nanti sure akan follow tips ni
ReplyDeletesama-sama ❤
DeleteTips yang sangat berguna pada kita dan memang kita tengah mencari juga macam mana nak sampai ker sana selain daripada ada simpanan yang cukup heheheheh kita lama dah nak pergi Australia ni heheh bestnya...
ReplyDeleteInshaallah kalau ada rezeki dan peluang boleh la awak bercuti di Australia :D yang penting kena survey keadaan semasa untuk prepare.
DeleteDengar citer banyak tempat menarik di sana. Simpan angan² dulu, sape tak nak jejak Negara orang kan. Insya Allah, ada rezeki nak jugak pegi sana dengan anak²
ReplyDeleteIyaaaa, banyak tempat yang selalu pelancong datang. Inshaalah semoga ada rezeki awak ❤
DeleteSeronok baca pengalaman rakan-rakan ke luar negara. In shaa Allah harap tahun depan boleh pergi ke negara2 yang lagi jauh dari Malaysia. Btw done follow here :)
ReplyDeleteInshaallah semoga ada rezeki :D
DeleteKalau tak berapa pandai Bahasa English macamana pulak 😅
ReplyDeletePasport sy pernah kena banned di korea kerana OVERSTAY..ada masalah tak jika ingin melancong ke austaralia
ReplyDelete