Lesen Kereta 2019

3 September 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi sekalian. 


     Ada sesiapa yang dalam tempoh nak ambil lesen ke tu? Indah dalam proses nak ambil lesen dan Indah nak share sikit sebanyak pengalaman nak ambil lesen ni dan sebelum test JPJ. Pengalaman semasa belajar. 

Disclaimer: Semua ni Indah cerita pengalaman Indah sendiri kat tempat Indah belajar, kalau konfius ke apaa boleh tanya cikgu yang ajar korang. Indah share untuk rujukan dan bayangan sahaja hehe.

     First of all, yuran yang Indah bayar untuk ambil lesen adalah RM850 and ada sedikit add on untuk ujian QTI rm35. Indah ambil dekat icity Simpang Pulai perak dan manual, bukan auto ya. Proses belajar Auto dan Manual berbeza dan rasanya Auto mahal sikit dari Manual. Okay lepas bayar, agent yang uruskan pun bagitahu la apa kena buat seterusnya, nama pun agent kan so dia akan uruskan. Tanya je apa yang korang nak tahu, kan dah bayorrrrr :)

1. Ceramah.

     Ceramah adalah step pertama yang kena buat untuk ambil lesen sama ada motor or kereta. Ceramah berlangsung selama 6 jam . Ada dua sesi (Teori&Praktikal). Sebelum start ceramah pihak driving school akan bagi buku untuk refer masa dengar ceramah nanti. Pakai lah baju and sesuai ya.

2. Ujian komputer.

     Selesai ceramah, book date kalau dah ready untuk buat ujian komputer. Result ujian ni akan menentukan korang layak dapat L atau tak. Kena dapat kan L dulu untuk belajar di litar dan jalan raya, okay ? So kena study dan kadang2 ada driving school yang bagi buku latihan, so boleh try and familiar dengan soklan2 yg diberikan.

     Untuk lulus kena markah 42/50 keatas. Kalau lulus, boleh dah buat lesen L, kalau gagal, kena repeat lah. Not sure berapa tapi bawah rm25 je rasanya. L valid untuk 3 bulan sahaja, kalau siapa yg belajar ke, nak ambik L dulu nanti baru smbung, jangan lupa renew. Dan nak ambil ujian JPJ pun lesen L kena matang 1 bulan paling kurang. Kalau dah ada lesen motor nak ambil lesen kereta pulak, kena ambil juga ujian komputer lagi sekali.

3. Belajar litar dan jalan raya dan QTI.

RPK & RSM

LITAR (5jam)

1) Bukit
2) Jalan Z
3) Jalan S
4) Parking sisi
5) Parking 3 penjuru

JALAN RAYA (10jam)

     Belajar bawa kereta di atas jalan raya. Macam tempat Indah, cikgu akan ajar 3 jalan dan salah satu akan dipilih semasa test. So practice la jalan2 ni. Indah ambil masa 3 minggu untuk ambil ujian JPJ. Minggu pertama belajar dua hari (Litar), sehari belajar dua jam. Minggu kedua (Jalan raya) pun sama dua hari. Minggu ketiga test hari khamis, so isnin selasa rabu belajar 2 jam juga (praktis mana yang lemah).

QTI

Qti ni test dengan agent, ala ala test dengan JPJ jugak untuk uji korang dah lulus ke belum untuk ke JPJ . Sekolah memandu yang buat, depends laaa. Elok laa jugak boleh la get ready takde cikgu kat sebelah, kalau tak melayang 💸💸💸 kalau gagal :')

4) Ujian JPJ.

     Pengalaman Indah untuk ujian JPJ indah taip di entri baru okay. Klik sini (Ujian JPJ) Sebab nak cerita kan detail kan panjang sikit. Ini sahaja yang Indah dapat share untuk post kali ini.



xoxo,

4 comments

  1. murah juga tu ambil lesen memandu harga tu...zaman skrg ni, mau minima rm 1k ..

    https://anakperak.com/

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mahal teroks . Tu manual ke? Kat mana? Kat Batu Gajah, Perak ni still ada je yg 1000

      Delete

© Syahindah Ms. Design by Fearne.