Seronoknya Bercuti di Lexis Port Dickson!

5 February 2018

Assalamualaikum and Hi everyone.


Setiap orang mengimpikan percutian yang menyeronokkan dan kalau boleh biarlah percutian itu dapat dijadikan sebagai kenangan yang terindah, bukan? Untuk pengetahuan korang, sebenarnya tak jauh dari kota Kuala Lumpur ni, tersergam sebuah tempat yang sangat sesuai untuk korang bergembira dan tenangkan fikiran.

Nak tahu kat mana? Jeng jeng jeng! 💨

Mana lagi kalau bukan di Lexis Port Dickson yang terletak di bandar Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hotel ini telah tersenarai sebagai salah satu hotel yang paling popular dan berprestij di kawasan ini. Jadi, memang tak hairanlah kalau hotel ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara.


Dengan kedudukannya di bahagian Lukut, ianya sangat menepati citarasa para pengunjung untuk menginap disini kerana kawasannya bersih, environment yang tenang, terdapat pelbagai kemudahan, view yang cantik, serta tempat yang selesa.

Harganya mahal?

Eh, korang ni relax laa dulu.

Korang still boleh dapatkan the best Lexis Port Dickson online deals. So, don't worry okay! 😉

Kalau korang datang dengan family, memang sangat sesuai. Banyak aktiviti yang korang boleh buat tau sebabbbbbb, hotel ini mempunyai sebanyak 279 bilik yang terhias indah serta dilengkapi dengan kemudahan awam seperti swimming pool, parking, tempat memanah, kawasan bermain segway, berbasikal, restoran dan macam-macam lagi. Sememangnya, Lexis sangat memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di tepi pantai sambil menikmati kemewahan hidup yang lain.



Selain itu, konsep yang ditonjolkan pada setiap bilik pula adalah bertemakan moden dan romantis yang membuatkan penginapan di sini setanding dengan hotel-hotel ternama di sekitar Malaysia. Apa yang lebih menariknya lagi adalah terdapat Water Chalet atau dikenali sebagai ‘rumah air’ yang dibina di atas laut. Di mana ia menghidupkan suasana seperti korang seolah-olah berada di Maldives atau Mauritius bila time malam!


Wow, its really awesome, right? Seronok tak seronok komerrr. Mesti korang tak boleh lupa semua kenangan-kenangan masa bercuti kat sini nanti tau 😍

Dengan permandangan laut yang indah terbentang luas ni, Indah (yes my name is Indah too) rasa tempat ni adalah merupakan destinasi paling tepat bagi korang yang ingin datang bersama keluarga ataupun ingin berbulan madu dengan suasanan aman damai.

Tambah lagi, full sea view yang dapat dilihat dari dalam bilik memang betul-betul akan memukau jiwa korang. Cuba korang bayangkan, tamparan angin bayu yang meniup lembut ke pipi, terasa macam fall in love at the first sight saja wei.


Suasananya sangat menenangkan. Dapatlah juga hilangkan segala stress yang ada. Huhu. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik juga sangat bagus dan berpuas hati seperti peti ais, TV flat screen, Astro, jacuzzi, dan lain-lain lagi. Service hotel yang diberikan juga sangat memuaskan sebab semua staffnya sangat mesra, peramah, dan ringan tulang. Sentiasa tersenyum untuk semua para tetamu mereka. Terasa macam dilayan seperti anak raja ooo. Memang syiook.

Dengan keselesaan kemudahan perniagaan yang disediakan di sini juga, Indah rasa Lexis Port Dickson ni sesuai untuk korang yang ingin mengadakan apa-apa jenis event atau majlis-majlis tertentu seperti mesyuarat-mesyuarat penting, seminar-seminar khas, majlis perkahwinan, sesi latihan korporat dan macam-macam lagi sebab kawasannya agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang agak bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota. Jadi, dapatlah korang rakamkan sedikit kenangan  yang berharga dengan penuh makna.


 Haaa, sebelum Indah terlupa, ada satu lagi kelebihan Lexis Port Dickson yang korang patut tahu iaitu kedudukannya terletak tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang serta bandaraya penting yang lain seperti Melaka, Bandaraya Bersejarah dan juga Kuala Lumpur sendiri. Pendek kata, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini dan di antaranya ialah berkaraoke, menangkap ikan, berbasikal, berenang dan macam-macam lagi.

Jadi, kalau korang nak pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh dari ibu kota, singgahlah ke Lexis Port Dickson ni. Perjalanannya pun tak jauh sangat dan tak ambil masa yang lama untuk sampai ke sana. Nak buat short vacation pun okay sangat. Sekarang, tunggu apa lagi? Jom rebut Lexis Port Dickson tawaran online sekarang! Siap-siap laa plan sekarang untuk bercuti guys!

Enjoy your trip ya ❤


39 comments

  1. waaaaa cantiknya, tak pernah lagi bercuti dekat port dickson. Nak bawa parents bercuti kat sini laa 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkannn. Bawalah mereka! :D anything boleh refer https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/lexis-port-dickson-90399 <3

      Delete
  2. Wahhh bestnyaa 😻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  3. Lexis ni memang bnyak best review.my wishlist this year nak tido sniii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. Kalau dah pergi, jangan lupa update review :D

      Delete
  4. menariknya! One day nak jugak bercuti kat sini. Tq share :)

    ReplyDelete
  5. saya pernah tgk hotel nie dr jauh jak...saya hrp saya pun dpt peluang utk review hotel nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni, tengok dari dekat okay, inshaallah diberi rezeki :D Apa-apa boleh refer sini https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/lexis-port-dickson-90399 <3

      Delete
  6. suka hotel Lexis..!! mana tahu nanti plan pegi sana pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, semoga diberikan rezeki awak datang sini :D

      Delete
  7. selalu dengar nama hotel nih
    memang cantik betul

    ReplyDelete
  8. nak stay kat water chalet la...waaaa cntik nyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, water chalet dia paling best. View cantik :D

      Delete
  9. dulu masa study budak rumah memasing nak honeymoon dekat lexis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang nice laa kalau honeymoon kat sini xD

      Delete
  10. Ramai yang kata bercuti kat sini best..alahaiii..bestnya kalau dapat pegi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. besttt, inshaallah ada rezeki nanti datang lah sini :D

      Delete
  11. Last year ana dh ke grand lexis. This year ke lexis penang pula. Memang syok.

    ReplyDelete
  12. Akak pernah cuba Lexis je..grand lexis atau lexis hibiscus belum pernah. Tapi hospitaliti dia memang terbaik.

    ReplyDelete
  13. Bestnya... Dah lama tak ke PD. Cantik Lexis PD ni yer.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya kalau dapat bercuti kat sini kan, harap ada rezeki ke sini satu hari nanti..

    ReplyDelete
  15. hotel lexis ni masuk wishlist TB kalau TB nak pi PD nanti.. hehehe.. sebab ramai kata best hotel ni.. so, Lexis PD.. wait for me ya! haha

    ReplyDelete
  16. Teringin sangat nak bermalam di Lexis PD ni. Suka yang ada private pool dalam bilik & yang atas air tu.^_^

    ReplyDelete
  17. One fine day nak menginap di Lecis PD. ^^,

    ReplyDelete
  18. Ada plan jugak nak ke sini. Nak rasa sendiri view kat sini. Tapi nak tengok harga bilik dulu.

    ReplyDelete
  19. Lama dah wishlist...belum ada rezeki Sal & anak² nak bercuti ke Lexis PD lagi..

    ReplyDelete
  20. Dah lama dok pikir nk ke Lexis ni..suka sgt tgok tmpt ni. Tapi..tapi...harga dia..ummm mampu tgok dr gambar2 je lah kot

    ReplyDelete
  21. Dah lama dok pikir nk ke Lexis ni..suka sgt tgok tmpt ni. Tapi..tapi...harga dia..ummm mampu tgok dr gambar2 je lah kot

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Pasai apa datang tak habaq mai? Haha

    ReplyDelete
  24. Duduk PD berahin dah tapi tak pernah bercuti di Lexis

    ReplyDelete
  25. Lexis ni mmg terkenal sbb bilik dia yg best tu..tapi nak dtg ke sini, kena menabung dulu..harga semalam, boleh tahan..haha

    ReplyDelete
  26. waaa. teringin sangat nak pergi lexis. lama dah survey ni tapi tak sampai sampai je lagi hehe

    ReplyDelete
  27. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Che Norijan Binti Jamil
    019-2222777
    Direct owner

    ReplyDelete

© Syahindah Ms. Design by Fearne.